Belum ada kluster jangkitan saluran penafasan ditemui di Jerantut, Lipis
KUANTAN– Jabatan Kesihatan Pahang mengambil langkah kawalan dan pencegahan di
beberapa daerah yang bersebelahan dengan Gua Musang ekoran kejadian
kluster jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan Orang Asli yang
berlaku di Kuala Koh.
Pengarahnya,
Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata setakat ini, semua klinik kesihatan
dan hospital di Jerantut, Lipis dan Cemeron Highlands diletakkan dalam
keadaan siap siaga dan semakan notifikasi dibuat bagi semua kes
berkaitan jangkitan saluran pernafasan.
“Pengesanan
kes di kawasan penempatan Orang Asli daripada suku Batek telah
dimulakan di Jerantut dan Lipis. Setakat hari pertama aktiviti
pengesanan kes, belum ada kluster jangkitan saluran pernafasan ditemui.
“Secara
keseluruhan, situasi penyakit berjangkit adalah terkawal dan pegawai
kesihatan daerah Jerantut dan Lipis sentiasa memantau trend kejadian
kes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Sha’ari
berkata nasihat secara individu dan pendidikan kesihatan secara
berkumpulan juga diberikan kepada penduduk Orang Asli sebagai langkah
mengelakkan penularan jangkitan melalui udara dan sentuhan.
Beliau
juga memaklumkan jabatan itu akan terus bekerjasama dengan jabatan dan
agensi lain yang terlibat dalam memantau perkembangan kes terlibat.-
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan