Isnin, 10 Jun 2019

PKR nafi kakitangannya cederakan bekas penyelidik

PKR berkata, kejadian kekasaran melibatkan bekas penyelidik 
parti itu tidak pernah berlaku dan satu rakaman CCTV diserahkan 
kepada polis untuk membantu siasatan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR negeri berkata satu laporan polis dibuat terhadap seorang bekas penyelidik parti itu kerana memalsukan lporan polis mendakwa beliau dipukul pleh seorang kakitangan PKR.

Pemimpin negeri yang enggan dikenali itu berkata, kejadian itu tidak pernah berlaku dan satu rakaman CCTV telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, rakaman itu menunjukkan bekas penyelidik tersebut tidak diapa-apakan.

“Dia datang dan menawarkan khidmatnya secara sukarela sebagai penyelidik pada Mac. Beliau diberikanya kerja atas dasar sangka baik,” kata pemimpin PKR itu.
Beliau bagaimanapun mendakwa, bekas penyelidik berkenaan mula mencuri daripada rakan sekerjanya dan diminta berhenti selepas didakwa menggunakan kad kredit curi untuk membeli barang bernilai 6,000 pound.

“Kami ada bukti,” katanya.

Pemimpin PKR itu menyifatkan bekas penyelidik berkenaan sebagai “orang muda bermasalah”.

“Dia minta duit daripada saya dan orang lain juga. Kami enggan memberinya wang lagi. Sebilangan kami memarahinya. Setakat itu sahaja,” kata beliau.

Ketua PKR negeri itu memberi komen terhadap laporan portal berita Malaysian Gazette bahawa seorang pemimpin PKR disiasat kerana mengasari seorang bekas penyelidik parti tersebut.

Laporan itu menyebut, penyelidik tersebut mendakwa patah tulang berikutan satu pergaduhan yang bermula dengan pertengkaran.

Ia berkata, satu laporan dibuat oleh bekas penyelidik berkenaan di Balai Polis Petaling Jaya pada 26 Mei. Laporan perubatan daripada sebuah hospital swasta turut disertakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Fadzil Ahmad mengesahkan menerima laporan polis itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha akhbar Presiden PKR Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Abaidah menyebut kecederaan yang didakwa dialami bekas penyelidik tersebut merupakan kecederaan lama.

Katanya, tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas beliau.

Tiada ulasan: