Rabu, 11 Julai 2018

Ustaz Kazim ‘terpaksa’ jual pusat tahfiz

Wartawan MalaysiaGazette
MGF_CeramahPerdana004-681x454
Ustaz Kazim Elias.
 

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias terpaksa menjual sebahagian daripada bangunan pusat tahfiznya di Perak kerana tidak mampu lagi menanggung kosnya.

Menurutnya, Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi itu memerlukan kos antara RM100,000 hingga RM150,000 sebulan dan kini beliau tidak mampu menampung kosnya lagi.

Sebelum itu, sebahagian kos operasi datang dari sumbangan dan bayarannya memenuhi undangan ceramah termasuk di televisyen namun sejak kebelakangan ini jemputan sudah semakin berkurangan.

Selain itu, pihaknya juga menampung perbelanjaan harian pelajar tahfiz dan warga emas yang sakit di pusat yang sama.

Walaupun tidak menyatakan kenapa jemputan semakin berkurangan namun ramai mengesyaki ia ada kaitan dengan sokongannya kepada Barisan Nasional sebelum PRU-14.

Difahamkan, Kazim menawarkan sebahagian bangunan pusat tahfiznya itu kira-kira RM5 juta.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: