ISMA WEB
Perjuangan PKM kerana hendak balas dendam kepada Jepun
BANGI
– “Atas dasar apa komunis mahu diiktiraf sebagai pejuang dan perjuangan
mereka hendak dimasukkan ke dalam buku teks? Buktikan bahawa komunis
adalah pejuang kemerdekaan.”
Demikian
persoalan yang dibangkitkan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee
Abdullah, yang turut kesal kerana segelintir pemimpin sekarang ini
terikut-ikut rentak pemikiran ultra kiasu komunis.
Dalam satu
kenyataan kepada Ismaweb.net, beliau turut sedih kerana pemimpin Melayu
tidak dapat membezakan antara pemimpin Melayu berhaluan kiri dengan
Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai Chin Peng ketika itu.
Beliau
berkata, permusuhan China dan Jepun bermula sejak 1894 ketika Dinasti
Qing dan, apabila negara Matahari Terbit itu menduduki Tanah Melayu,
mereka membalas dendam terhadap orang Cina.
“Orang
Cina tidak ada pilihan lain, terpaksa melarikan diri ke dalam hutan
untuk menentang keganasan Jepun. Tidak timbul soal perjuangan
kemerdekaan kerana permusuhan itu lebih besar antara kedua bangsa ini
daripada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.
“Bukti
jelas dapat dilihat apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pada
1945, PKM keluar dari hutan dan mahu menguasai Tanah Melayu. PKM telah
bertindak ganas dan membalas dendam kepada orang Melayu kerana berbaik
dengan Jepun. Nasib baik British kembali semula selepas 14 hari Perang
Dunia II tamat.
“Jika
tidak negara ini sudah dikuasai PKM. Selepas berjaya menumpaskan PKM,
walaupun tidak sepenuhnya, darurat terpaksa diisytiharkan 1948. Sekali
lagi PKM terpaksa kembali ke hutan dan melancarkan perang gerila.
Keadaan ini berlanjutan sehingga tahun 1989.
“Ya, tidak
nafikan British menggunakan orang Melayu untuk bekerja sebagai polis
bagi menjejaki komunis. Dalam maksud, komunis menentang polis Melayu
kerana bekerja untuk British,” katanya.
BERIKUT ADALAH KENYATAAN PENUH DR RIDHUAN TEE ABDULLAH
BERIKUT ADALAH KENYATAAN PENUH DR RIDHUAN TEE ABDULLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan