KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Bakri @
Mohd Bakri Mustapha menafikan khabar angin kononnya beliau adalah wakil
rakyat dari Barisan Nasional (BN) Kelantan yang dikatakan akan menyertai
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau mempersoalkan, adakah dakwaan itu bersumberkan daripadanya, sedangkan beliau sendiri tidak tahu menahu serta belum membuat sebarang kenyataan mengenainya.
“Cuma mungkin kebetulan dalam siri rombongan saya dan rakan untuk berjumpa (dengan pemimpin PPBM) dan berbincang sesuatu yang bermanfaat untuk DUN saya, maka ditafsir ikut emosi.
“Malangnya orang UMNO sendiri yang masih berfikiran tertutup dan lemah. Perjumpaan atau pun perjanjian perlu dilihat positif, malah berfakta, bukan ikut rasa,” katanya dalam jawapan menerusi aplikasi Whasapp kepada MalaysiaGazette hari ini.
Semalam, portal ini melaporkan Bakri@Mohd Bakri adalah ADUN BN yang disebut akan menyertai PPBM berdasarkan kenyataan terkini Timbalan Presiden PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah.
Dalam kenyataan mengesahkan akan khabar angin itu, Sazmi memberi, memang sudah ada perbincangan dan tinggal lagi keputusannya atas ADUN itu sendiri.
Mengulas lanjut, Bakri@Mohd Bakri berkata, hebahan atau khabar angin itu dibuat bukan darinya dan jawapan juga dari beliau.
Kesilapannya ujar beliau, ialah ortodok dan tidak profesional, sedangkan sudah tiga bulan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlalu, beliau selaku wakil rakyat tidak menerima satu sen pun peruntukan untuk membolehkan berkhidmat kepada rakyat.
“Apakah keadaan ini (tanpa peruntukan) boleh berterusan untuk tempoh lima tahun dan akan kekal menang mempertahankan kerusi pada PRU15?
“Mungkin ada usaha atau jalan politik, tapi apakah kita sendiri tidak boleh untuk berusaha walaupun dengan pihak lawan dan terus akan ditafsir sebagai berpaling tadah?” soal beliau.
Tidak lama lagi katanya, beliau akan berjumpa dengan wakil kerajaan Jepun, dan adakah akan dikutuk kerana perjumpaan itu yang kemudian ditafsirkan beliau hendak masuk Jepun?
Bagaimanapun, kata Bakri@Mohd Bakri, sekiranya Pakatan Harapan (PH) lebih baik untuk masa ini dalam usaha kebajikan membantu rakyat, apa salahnya.
“Parti ialah perjuangan bela nasib rakyat. Dalam UMNO sendiri yang berjuang untuk kepentingan diri dan kekayaan pun ramai. Apakah itu patut disanjungi kerana dia UMNO dan kita UMNO?” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan