PULAU PINANG – Sekumpulan lebih 100 ahli NGO hari ini berarak
membantah P. Ramasamy yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas di
Sri Lanka.
Perarakan diketuai peneraju Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi itu menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.
Mereka turut membawa sepanduk dan mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Ramasamy.
Mereka juga membawa sepanduk mahu ahli politik DAP itu meletakkan jawatan.
Berhampiran Komtar juga ada sekumpulan yang turut berkumpul membela Ramasamy.
Sebelum itu, Ramasamy menafikan penglibatannya dalam LTTE dan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusuf berhubung perkara yang sama.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan