Jumaat, 27 Julai 2018

Khazanah: K’jaan kini boleh struktur semula syarikat – Dr M

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan pengarah urusan dan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd akan membolehkan kerajaan menstuktur semula syarikat dana nasional tersebut, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau menerima tawaran peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah kerana “langkah ini membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran baru.

“Perdana menteri mempunyai hak untuk melantik ahli lembaga pengarah yang baru atau memindahkan mereka ke syarikat lain atau pun mengekalkan sesetengah mereka untuk kesinambungan perjalanan syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tiada ulasan: