Jumaat, 27 Julai 2018

Kerajaan akan haram perkawinan bawah umur walaupun pun Islam (Allah) benar kata Mujahid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, meskipun Islam membenarkan perkahwinan bawah umur, namun kerajaan melihat kepada maslahat (keperluan) yang lebih besar.

Menurut menteri agama, berdasarkan siasah syar'iyyah, kerajaan mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi mengelak berlakunya eksploitasi golongan itu.

"Kalau kita ketatkan (kawalan), ia bersifat sementara sahaja. Isu perkahwinan kanak-kanak ini adalah untuk melindungi kanak-kanak bawah umur.

"Kita kena ambil satu sikap, biarpun dia (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) kata dalam Islam (Allah) dibenarkan.

"Perkara itu boleh, tapi kita kena faham maslahat kepentingan awam yang lebih besar terutama pelindungan pada kanak-kanak dan banyak kes perkahwinan bawah umur ini lebih kepada eksploitasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ia sebagai mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Mohd Amar, timbalan menteri besar Kelantan, yang tidak setuju pengharaman perkahwinan kanak-kanak dilaksanakan atas alasan “dari segi agama ia tidak salah”.

Komentar:

Mohon saya kongsikan sedikit keindahan agama Islam dengan saudara. Dalam Islam, anak gadis tidak boleh berkahwin kecuali dengan izin wali yang sah (kebiasaan ibu bapa). Tak kira lah anak gadis tersebut dah umur berapa sekali pon.

Dan apa itu syarat umum menjadi wali dalam perkahwinan? Wali wajib seseorang yang baligh, berakal, merdeka, laki2, islam, adil dan tidak dalam haji/umrah. Sekiranya wali tidak menepati syarat tersebut, perkahwinan dianggap tidak sah. Sekiranya perkahwinan tersebut merugikan anak gadis, adakah wali tersebut boleh dianggap adil?

Islam telah memberi jawapan isu perkahwinan bawah umur ini 1400 tahun dahulu, sedangkan Malaysia masih mencari penyelesaian pada tahun 2018. Begitulah indahnya ajaran Islam. Tepat dan terpakai sepanjang zaman. - Abdullah Sadzik


Tiada ulasan: