Jumaat, 27 Julai 2018

Setiausaha AMK Selangor letak jawatan

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (PKR) Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman hari ini meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta.

Syed Badli Shah dalam satu kenyataan berkata perletakan jawatan itu dibuat berikutan terdapat segelintir pemimpin parti itu yang dilihat mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme.

“Saya menyelar sikap segelintir pemimpin Keadilan (PKR) Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha mengekalkan pengaruh dan kuasa.

“…dan secara jelas jawatan-jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan bukan lagi secara merit,” katanya di sini.

Beliau berkata sikap mementingkan kroni juga semakin parah dalam usaha pembahagian jawatan politik apabila hanya pengikut kabilah tertentu yang akan diberikan habuan dari segi jawatan.—Bernama

Tiada ulasan: