PUTRAJAYA – Sindiket pemalsuan cop keselematan imigresen dan pasport
didalangi Wak Jam yang aktif di Lembah Klang sejak lima tahun lalu
tumpas.
Sindiket tersebut telah mengaut keuntungan sebanyak RM3 juta.
Suspek utama warga Indonesia berusia 58 ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan pada 9 Julai lalu selepas risikan pengintipan selama sebulan dilakukan.
Suspek ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam hingga 10 malam di sebuah rumah di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor oleh 7 pegawai Imigresen dari Unit Perisikan Khas Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Imigresen Putrajaya.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, hasil pemeriksaan suspek adalah pemastautin tetap (MyPR).
Katanya, penggeledahan di rumah suspek penguatkuasa berjaya menemui ratusan dokumen palsu, 22 cop masuk dan 9 cop keluar Malaysia yang palsu, 2 cop pas khas Malaysia palsu, 4 cop Singapura palsu , 1 cop masuk Thailand palsu, 14 cop masuk dan 21 cop keluar Indonesia palsu.
“Selain itu turut dirampas 6 cop rasmi kedutaan Indonesia palsu, 11 pasport Indonesia, 38 koyakan muka surat biodata pasport Indonesia, 11 pelekat tulen Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang telah diubahsuai, 2 buah telefon bimbit dan sejumlah peralatan membuat pasport palsu.
“Hasil soal siasat terhadap suspek mendedahkan aktiviti tersebut dikenakan bayaran RM50 bagi setiap cop pada pasport manakala RM100 hingga RM200 untuk mengubahsuai pasport.
“Dengan proses ini sahaja suspek mengaut keuntungan sekitar RM50,000 sebulan menerusi aktiviti pemalsuan ini,” katanya dalam sidang media khas berkaitan serbuan itu di ibu pejabat Imigresen di sini.
Katanya, cop palsu yang dirampas digunakan suspek adalah semua pintu masuk utama negara seperti di KLIA, klia2 dan pelabuhan.
Pada sidang media itu, beliau mendedahkan pembantu-pembantu suspek berjaya meloloskan diri sedang diburu pihak berkuasa.
“Suspek ditahan dibawah Seksyen 55D dan Seksyen 56 (1A)(c) Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) serta Seksyen 12 (1(a) Akta Pasport 1966 untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Katanya, suspek berkemahiran dalam membuat pengubahsuaian pasport terumata pasport Indonesia dengan menukar gambar pemilik asal dan mengubah maklumat biodata kepada pemilik baharu dalam pasport sebelum memasukkan cop kesemalatan imigresen mengikut permintan pelanggan.
Menurut beliau, pelanggan tetap suspek terdiri daripada warga Indonesia yang tinggal lebih masa dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebagai melepaskan diri dari pihak berkuasa semasa operasi tahanan.
“Suspek walaupun tua tapi bijak apabila menggunakan bahan cecair kimia pewarna membuat kek antaranya perisa pandan dan sebagainya untuk mengubahsuai pasport palsu dan popular dengan nama Wak Jam dalam kalangan warga asing Indonesia,” tegas beliau.
Sementara itu, beliau berkata, sejak 1 Julai lalu sehingga semalam pihaknya telah menahan 1,685 PATI.
“Dalam kapasiti tempoh seminggu lalu, 30 orang majikan diambil tindakan, tetapi lepas 1 Januari 2018 sehingga semalam kita telah menangkap 588 majikan dan 22,336 PATI yang salah guna pas dan tamat tempoh melibatkan 7600 operasi dan pemeriksaan hampir 100,000 orang.
“Siapa kata kita tidak ambil tindakan tegas ke atas majikan? Kami memang bertindak ke atas mereka berdasarkan bukti tangkapan yang disebutkan tadi,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan