Isnin, 30 Julai 2018

Kaji Dasar Automotif lindungi industri kereta tempatan


Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kajian semula Dasar Automotif Nasional bertujuan melindungi industri terbabit agar seiring perkembangan semasa.

Katanya, kebanyakan negara pengeluar kenderaan mempunyai dasar piawaian dalam sekatan import kenderaan asing berdasarkan faktor tertentu termasuk cukai.

“Kerajaan mendapati banyak negara menandatangani perjanjian perdagangan bebas tetapi tetap berupaya menghalang import kenderaan dari negara tertentu termasuk Malaysia.

“Kita fikir juga piawaian yang ditetapkan tetapi pada masa sama, perlu memikirkan kelemahan kita dan melindungi industri automotif negara,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengurusan polisi tidak cekap punca Proton gagal]

Tiada ulasan: