Abdul Hakim Rahman, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Pihak
pendakwaan yakin mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menerima tuduhan dengan empat
pertuduhan pecah amanah dan salah guna kedudukan berjumlah RM84 juta.
Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan berkata pihaknya akan membuktikan kes tersebut dalam perbicaraan nanti.

Sehingga itu, katanya, beliau akan menerima bahawa Najib adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
"Kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh yang tidak membantah prinsip jaminan.
"Malah kami tidak membantah apabila bayaran wang jaminan sebanyak RM1 juta diminta untuk dibuat dua kali...kami sangat adil," katanya dalam sidang media di luar mahkamah selepas selesai proses pendakwaan.
Tambahnya, setakat ini dua saksi akan dipanggil memberikan keterangan berhubung kes tersebut.
Apabila ditanya mengenai sama ada Najib akan dituduh lagi di mahkamah, Tommy berkata sehingga kini masih tiada pertuduhan baharu terhadap bekas perdana menteri itu melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan