Astro Awani
TAN
Sri Shafee Abdullah menjelaskan perintah itu penting untuk dikeluarkan
bagi mengelakkan kenyataan yang tidak adil ke atas kes anak guamnya. -
Foto ASTRO AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perintah larangan sementara perbincangan merit kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sofian Abdul Razak.
Peguam utama Najib, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, perintah itu penting bagi mengelakkan kenyataan yang tidak adil ke atas anak guamnya.
“Sebagai contohnya sebelum perbicaraan, ada pihak yang membuat kenyataan bahawa Najib 100 peratus bersalah, atau mereka tidak pernah melihat kes sebesar ini dan sebagainya.
“Kita ada perlembagaan perbicaraan yang adil, salah satu asas perbicaraan yang adil adalah anda tidak boleh berbincang, membuat kenyataan ke atas merit kes,” jelas Shafee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan