Rabu, 18 Julai 2018

Gaya ‘songkok terbalik’ MP DAP jadi bahan kritikan netizen



Gaya ‘songkok terbalik’  MP DAP jadi bahan kritikan netizen

Ahli Parlimen Kulai Teoh Nie Ching dikritik oleh netizen apabila hadir pada Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal pertama Parlimen Ke-14 semalam, dengan mengayakan songkok terbalik.

Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Pendidikan itu ditemubual oleh media selepas majlis istiadat tersebut dilihat mengayakan songkok yang dipakai terbalik menjadi tular.

Dengan lambang kerajaan Malaysia diletakkan di bahagian tepi belakang kanan. Sepatutnya lambang kerajaan Malaysia itu berada di bahagian tepi kiri hadapan kepala.

Malah sekeping lagi perbandingan gambar Nie Ching yang diambil bersama Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh jela,s menunjukkan antara mereka berdua  yang tidak menegur gaya pemakaian songkok terbalik oleh Nie Ching.

Menurut Yvon Kingman dia berkata: ” sila rujuk Hannah Yeoh” ujarnya yang mahu menunjukkan perbezaan pemakaian songkok oleh dua pimpinan wanita DAP ini.



Ada netizen yang berseloroh melihat gaya pemakaian songkok Nie Ching berkata: “Pening isu UEC..

Sampai terbalik songkok.. Kerajaan nak iktiraf atau tidak, kita tetap kena bangkang dan protest.. Bagi tekanan.. Minoriti bagi tekanan, tak kan yang majoriti tak bagi..

“Kalau BN nak iktiraf pun kita tetap bangkang. Bukan semua pengundi PH lepas suka PH.. Ada yang nak hukum Najib kerana korup.. PH jangan ingat boleh buat sesuka hati dan abai pandangan rakyat,” ujar Yusri Yusop.

Bahkan ada komen yang agak keras dari Farid Ghouse pula berkata:”menteri jaga sekolah pun jenis tak sekolah,” ujarnya.

Junio Lensa pula membalas komen: “Kalau pakai unipom dah macam tu..memang standard budak-budak pancaragam UEC.” ujarnya.

Bagi penyokong Pakatan Harapan pula Jamil Rozali berkata:” Yang ni takpa. Yang penting Najib turun,” ujarnya.

Affandi Majid pula berkata: “betapa kuatnya dia kerja sampai terbalik..oklah asalkan dia kuat bekerja,” ujarnya.

Tiada ulasan: