Isnin, 2 Julai 2018

ADUN Sungai Kandis meninggal dunia

sitifatimah  

Shuhaimi menghidap penyakit kanser limfoma

BANGI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie meninggal dunia pagi tadi tadi akibat kanser limfoma.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya kira-kira jam 11.10 pagi.

Jenazah Allahyarham diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selesai urusan di hospital.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, selepas solat Asar petang ini.

Shuhaimi merupakan bekas Pengerusi Tetap AMK dan mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Kamaruzzaman Johari, calon PAS Mohd. Yusof Abdullah dan calon PRM, Hanafiah Husin dengan majoriti sebanyak 12,480 undi.


Tiada ulasan: