Oleh Siti Fatimah Ishak
Sijil Peperiksaan Bersepadu sekolah Cina ketepi sejarah, bahasa Melayu
BANGI
– Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari baru-baru ini, bahawa
kerajaan negeri akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
sebagai kelayakan memasuki perkhidmatan awam negeri itu, menunjukkan
beliau tidak mengetahui apa itu UEC.
Malah,
keputusan yang disambut bangga oleh wakil rakyat ultra kiasu dianggap
melangkaui peranan Kerajaan Pusat, Kementerian Pendidikan, Dasar
Pendidikan Negara, selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
UEC adalah
satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya
diambil dari Taiwan. Ia menjadi salah satu isu hangat dan desakan
daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
agar ianya diiktiraf dalam sistem pendidikan negara.
Mengulas
kenyataan terbaharu UEC oleh Ketua Menteri Melaka itu, pendakwah bebas,
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, langkah itu suatu perbuatan tidak
bertamadun.
“Malang
sekali, kerajaan Melaka membuat keputusan itu tanpa merujuk Kerajaan
Pusat. Ini satu penghinaan. Pemimpin Melaka tahu tak apa itu UEC? Apa
yang menyebabkan selama ini UEC tergantung dan tidak diiktiraf sehingga
hari ini?
“Jika
kerajaan Sarawak yang melakukannya tidaklah sangat menghairankan, kerana
kita tertakluk kepada Perjanjian Malaysia 1963. Siapakah yang
menentukan Dasar Pendidikan Negara? Kementerian Pendidikan atau kerajaan
negeri? Apakah kita mahu mewujudkan pembinaan negara dalam negara?
Nampaknya kerajaan Melaka sudah mendahului kerajaan negeri Pulau
Pinang?
“Apakah
kerajaan negeri Melaka merasakan kedudukannya sama seperti negeri Sabah
dan Sarawak? Adakah kerajaan Melaka merasakan ia mempunyai kuasa
autonomi dengan kedudukan sebagai negeri Selat,” katanya dalam satu
kenyataan kepada Ismaweb.net.
Ridhuan
Tee berkata, UEC bukan sahaja membolehkan pihak tertentu bebas mempunyai
kuasa untuk menentukan kurikulum sendiri menggunakan perantaraan bahasa
Cina, malah boleh mengadakan peperiksaan sendiri yang dikendalikan
guru-guru mereka tanpa merujuk kepada Kementerian Pendidikan dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Justeru, Ridhuan Tee berkata, perbahasan mengenai UEC sama ada untuk diiktiraf atau tidak memakan masa yang begitu panjang.
“Bukan
soal ia diiktiraf sama ada di universiti terkemuka di dunia atau tidak?
Ini soal pembinaan negara. UEC ternyata bercanggah dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Apa guna ia diiktiraf oleh negara terkemuka dunia
sekiranya ia bercanggah dengan pembinaan dalam negara.
“Ternyata,
UEC tidak mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan seperti silibus mata
pelajaran asas bernegara terutama Sejarah dan Bahasa Melayu,” katanya.
Pensyarah
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, beliau tidak akan
begitu lantang menentang jika UEC mematuhi arahan Kementerian Pendidikan
dan menjunjung agenda negara.
Yang menjadi masalah katanya, bila mereka ingkar selepas begitu banyak peluang diberikan.
“KPM hanya
mensyaratkan agar UEC memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan,
seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996. Selain itu,
standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf dengan SPM, liputan
kurikulum Sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga terhad. Pendek kata,
syaratnya amat mudah. Namun terus ditolak ultra kiasu.
“Ingat
kata pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi, Perlembagaan hanya
membenarkan hak untuk belajar bahasa ibunda, bukan hak belajar dalam
bahasa ibunda. Jika UEC sangat baik, sila ambil SPM bersekali, dapat dua
sijil. Bersusahlah sedikit demi pembinaan negara tercinta,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan