Wajarkah Azmin, Zuraida, Hizwan, Aminolhuda dan Hatta dipecat?
SAYA tertanya-tanya bagaimanakah pemimpin PKR
Selangor boleh menggunakan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju'
dalam isu pencalonan Tun M sebagai PM. Memetik kenyataan Hizwan Ahmad
selaku Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor seperti yang dilaporkan media
semalam bahawa pihaknya 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan
pengumuman menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM Pakatan
Harapan.Bukankah ketika Rafizi menjawat jawatan SUA PKR pada tahun 2016 lagi, beliau telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:"Pakatan Harapan tidak lagi akan 'bersetuju untuk tidak bersetuju'
dan mana-mana parti yang melanggar konsensus gabungan itu akan dipecat,
'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak lagi menjadi prinsip Pakatan
Harapan."Jika prinsip ini terpakai, maka PKR seharusnya terlebih dahulu
memecat Zuraida dan Hizwan jika PKR benar-benar ikhlas dalam mendokong
prinsip baru Pakatan Harapan seperti yang diucapkan Rafizi pada awal
tahun 2016 yang lalu.Malah satu lagi persoalan yang timbul adalah pendirian DS Azmin Ali
sendiri terhadap kenyataan demi kenyataan dari pemimpin-pemimpin
bawahannya di negeri yang ditadbirnya itu. Diam bermakna DS Azmin
sendiri merestui desakan itu dan seharusnya Pakatan Harapan mengambil
tindakan yang sama terhadap DS Azmin.Tidak ketinggalan juga satu tindakan yang sama terhadap pemimpin PAN
yang menentang pengagihan kerusi yang diumumkan pemimpin Pakatan Harapan
di Konvensyen mereka dua hari yang lalu.Jika prinsip ini tidak diangkat secara serius oleh Pakatan Harapan,
maka rakyat boleh menafsirkan bahawa kenyataan Rafizi berkenaan prinsip
Pakatan Harapan itu adalah omongan kosong semata-mata. Maka
prinsip-prinsip lain yang diangkat Pakatan Harapan pada hari ini juga
boleh dipersoalkan.Ayuh sama-sama kita saksikan sama ada Pakatan Harapan yang
dipengerusikan Tun Mahathir serius dan tegas dalam mendokong
prinsip-prinsip yang mereka ucapkan itu atau polemik ini hanyalah satu
lagi sandiwara murahan untuk memancing undi dan sokongan Rakyat pada
gabungan itu. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan