TUN Salleh Abas, tokoh besar peristiwa kehakiman
negara pernah meminta saya mencari nas asal dalam Tafsir Ibnu Kathir
yang dibacanya daripada terjemahan Bahasa Inggeris yang menegaskan
peristiwa kehakiman yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W menunjukkan
bahawa Islam mendahului Eropah melaksanakan konsep pembahagian kuasa
dalam sistem pemerintahan negara.
Ya! Ini dilaporkan dalam riwayat Ibnu Kathir, Musnad Imam Ahmad,
Sunan Abu Daud dan Al-Nasaie yang menceritakan peristiwa Rasulullah S.A.
W bersetuju membeli seekor kuda daripada seorang A’arabi (badwi). Oleh
kerana berlaku dicelahnya perkara lain yang sengaja dilambatkan walaupun
masih berada di tempat dan masa yang sama atau majlis yang sama,
tiba-tiba si badwi itu mahu menjualnya kepada orang lain yang menawarkan
harga yang lebih tinggi.
Meskipun berlakunya ketidaksopanan Badwi itu mengikut hukum agama dan
adat yang sepatutnya diakui pembelian Rasulullah S.A.W, namun dalam
perselisihan ini dilakukan perbicaraan kehakiman. Apabila diminta saksi,
maka Khuzaimah R.A tampil menjadi saksi, akhirnya kemenangan berpihak
kepada Rasulullah S.A.W.
Di sini menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara,
bahkan seorang Rasul yang telah dilantik oleh Allah S.W.T tidak
menggunakan kesempatan kuasa dan kedudukannya, tetapi menyerahkan kepada
kehakiman yang sebenar tanpa gangguan, lakonan atau ada dalang di
sebalik tabirnya.
Konsep ini dilaksanakan oleh kerajaan Islam
selepasnya seperti peristiwa Khalifah Saidina Ali K.W.H dihakimi kerana
barangnya dicuri oleh seorang rakyat bukan Islam beragama Yahudi
sehingga dibela Yahudi itu apabila ketua negara tidak boleh mengadakan
saksi. Berlaku juga pada zaman Khilafah Uthmaniyyah apabila Sultan
Muhammad Al-Fateh dihukum kerana ketelanjurannya terhadap seorang rakyat
beragama Kristian.
Pembahagian kuasa atau dalam Bahasa Arab disebut (الفصل بين السلطات)
dan Bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" merupakan satu
doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam
pengurusan negara kepada tiga cabang utama: Pemerintah (eksekutif),
Perundangan (legislatif) dan Kehakiman.
Ia bertujuan untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman”
(tyranny), di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa atau fungsinya
dapat mewujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan
menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara
membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and
balance) antara kuasa tersebut.
Sebenarnya pihak Barat hanya mengenali demokrasi, sistem pilihan
raya, pentadbiran dan kehakimannya daripada sejarah Greece Purba
(Yunani) sebelum Masihi yang dilakukan pembaharuan selepasnya.
Contoh awal konsep ini di Eropah adalah ditemui teorinya dalam
karya-karya Aristotle. Pada tahun 1656, James Harrington dalam bukunya
Oceana, telah mengemaskinikan idea tersebut dan mencadangkan sistem
berdasarkan konsep ini. John Locke dalam “The Second Treatise of Civil
Government” pada 1690, telah membahagikan kuasa kerajaan kepada dua
iaitu eksekutif dan legislatif. Manakala, Montesquieu dalam karyanya,
"The Spirit of the Laws" telah mengembangkan idea Locke, dengan
menambahkan cabang kehakiman. Dikatakan orang Inggeris mewujudkan kaedah
sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal, yang mereka gelar
sebagai “Instrumen Kerajaan”.
Namun masih lagi dibayangi oleh kelemahan manusia tanpa hidayah yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W yang ditinggalkan, menyebabkan masih
dibayangi diktatorship dan ketuhanan syirik yang belum mampu menegakkan
keadilan, ketelusan dan hak yang sebenarnya, termasuklah amalan pilihan
raya yang bebas dan telus belum dikenali, kerana sebelum ini mereka
menegakkan negara secara revolusi yang mencetuskan perang saudara di
England, Perancis, Amerika dan lain-lain negara yang memakan korban
raja-raja, pemimpin dan rakyat. Perubahan sebenar berlaku setelah para
Orientalis mengkaji sejarah Islam dan ilmunya yang ditulis oleh para
ulama Islam.
Kononnya dunia Barat sangat tegas memberi kuasa kepada Badan
kehakiman, berdalilkan Skandal Watergate (1972-1974) yang memecat
Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon bagi menunjukkan amalan ini.
Namun konsepnya masih tidak istiqamah (konsisten) kerana tidak ada roh
aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang ada perhitungan dosa
dan pahala.
Hari ini politik mereka boleh melantik Presiden yang bodoh disebabkan
pengaruh politik wang. Media dan pengurusannya diganggu oleh pengaruh
minoriti Zionis yang menguasai ekonomi dan media yang memayungi apa
sahaja tindakan di bawahnya, sehingga berlakunya pemecatan Peguam Negara
dan lain-lain di Amerika.
Peristiwa krisis kehakiman tahun 80-an di negara kita telah menjadi
sejarah hitam, dan diikuti mata rantai selepasnya, sehingga berlaku
peristiwa merempuh perjanjian Royalti Petroleum Terengganu dan
kemudiannya Kelantan. Ini menunjukkan betapa hilangnya moral demokrasi
dan perundangan yang adil.
Mutakhir ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dalam menitik
hitam itu termasuk kelompok oportunis yang menjadi pengampu dan syaitan
bisu, hanya mengangguk kepala tanpa mencegah kemungkaran. Mereka
sama-sama dapat menyaksikan dan merasai akibatnya di dunia ini ketika
kita masih hidup dan dipanjangkan umurnya.
Perjuangan PAS adalah meminta perubahan secara islah berprinsipkan
Islam dan konsepnya yang sempurna, bukan sekadar menukar kerajaan
seperti menukar baju daripada jasad yang masih tidak mandi untuk
membersihkan diri dan jauh sama sekali berkonsepkan semata-mata
menggulingkan kerajaan atau merampas kerusi sahaja tanpa menukar dasar,
konsep dan pendekatan.
Jangan kita mengambil contoh daripada ahli neraka yang saling
mengutuk di antara satu sama lain setelah dihumban ke dalam neraka,
sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah:
قَالَ ٱدۡخُلُواْ فِيٓ أُمَمٖ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِكُم مِّنَ ٱلۡجِنِّ
وَٱلۡإِنسِ فِي ٱلنَّارِۖ كُلَّمَا دَخَلَتۡ أُمَّةٞ لَّعَنَتۡ أُخۡتَهَاۖ
حَتَّىٰٓ إِذَا ٱدَّارَكُواْ فِيهَا جَمِيعٗا قَالَتۡ أُخۡرَىٰهُمۡ
لِأُولَىٰهُمۡ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ أَضَلُّونَا فََٔاتِهِمۡ عَذَابٗا
ضِعۡفٗا مِّنَ ٱلنَّارِۖ قَالَ لِكُلّٖ ضِعۡفٞ وَلَٰكِن لَّا تَعۡلَمُونَ
٣٨ وَقَالَتۡ أُولَىٰهُمۡ لِأُخۡرَىٰهُمۡ فَمَا كَانَ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن
فَضۡلٖ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ ٣٩ الأعراف
Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda daripada (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. (39)” (Surah Al-Aaraf: 38-39)
Demikianlah Allah menceritakan peristiwa sebenar di Hari Akhirat yang mesti berlaku kerana janji Allah itu adalah benar. Iktibarnya supaya kita bertaubat di dunia dan melakukan perubahan yang bukan sahaja mendapat fadilatnya diampunkan dosa, bahkan diberi keberkatan dan perubahan yang membawa kepada kebaikan di dunia serta diberi pahala pula di Hari Akhirat nanti.
Dalam sejarah Islam dicatatkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz daripada Dinasti Umayyah telah melakukan perubahan islah tanpa menggulingkan kerajaannya. Begitu juga Sultan Ahmad bin Tolun di Mesir yang zalim berubah menjadi adil setelah dinasihatkan oleh Sayyidah Nafisah R.A, seorang ulama muslimat di zamannya tanpa digulingkan kerajaannya. Sejarah Sultan Qutuz daripada Dinasti Mamalik juga berubah dan berjaya.
Sultan Salahudin Al-Ayyubi daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil pendekatan awal memuji Khalifah Fatimiyyah daripada kalangan Syiah kerana menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya berjaya melakukan perubahan dalaman umat secara damai tanpa berlakunya perpecahan dalaman negara dan umat, seterusnya menempa sejarah memimpin pembebasan Masjid Al-Aqsa daripada penjajahan Salib setelah berjaya melakukan perubahan dalaman secara islah.
Kesimpulannya bahawa tanpa pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara bukan sahaja merosakkan kehakiman, bahkan merosakkan urusan pentadbiran, politik, ekonomi, termasuk keselamatan, keamanan dan pertahanan negara. Kita mengalu-alukan perubahan dilakukan bila-bila masa sahaja sebelum pilihan raya, bukan sahaja menunggu di tengah pilihan raya dan selepasnya.
Firman Allah:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١ الرعد
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)
PAS berpolitik berwawasan Akhirat dengan tetap mendahulukan mencari keredaan Allah sebelum keredaan manusia. PAS menolak budaya politik sekadar mencari pelanggan laksana penjual ubat kuat untuk tenaga nafsu binatangnya dan jauh sekali daripada politik kera mencari makan yang melompat ke pohon yang lebat buahnya, tanpa peduli rakyat menjadi mangsanya.
“Sejahtera Bersama Islam”
*ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan