OLEH LIZAWATI MADFA
KUALA
LUMPUR: Penjawat awam Selangor dijamin bebas daripada campur
tangan dan desakan orang politik dalam membuat sebarang keputusan
membabitkan urusan negeri dan rakyat.
Dato’ Menteri Besar, Dato’
Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbirannya sentiasa memberi ruang
kepada pegawai kerajaan menyuarakan pandangan bagi pertimbangan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Katanya, jika pegawai tidak diberikan ruang bersuara, ia dibimbangi menjadi budaya yang bakal merosakkan demokrasi dalam negara.
“Sebagai
contoh, apabila kita siapkan kertas Exco, Pegawai Daerah dapat berikan
pandangan dan ulasan cukup professional tanpa menunggu pengaruh
eksekutif atau parti politik.
“Kalau ini dapat dipertahankan, saya percaya Selangor akan terus maju pada masa akan datang,” katanya.
Beliau
berkata demikian pada Majlis Apresiasi Sempena Persaraan Pegawai Kanan
Kerajaan Negeri Selangor, di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Mohamed Azmin turut mengakui pengalamannya di dalam perkhidmatan awam sebagai paling manis dan bermakna sepanjang usianya.
Katanya,
pengalaman dihantar menjalani kursus di United Kingdom pada 1997 turut
memberi pengajaran penting kepadanya sebagai penjawat awam.
“Saya
dapat rumuskan anggota perkhidmatan awam di sana tegas dalam
mempertahankan kedaulatan dan kepentingan rakyat tanpa membiarkan campur
tangan dan kuasa politik sekalipun parti pemerintah berubah.
“Suatu masa dahulu, anggota perkhidmatan awam Malaysia juga di antara yang terbaik di rantau ini.
“Saya mahu kegemilangan ini dapat dihidupkan semula sama ada di Selangor mahupun di peringkat persekutuan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan