Oleh FARUSH KHAN
SEJAK dahulu lagi, apabila balik kampung atau hadir ke majlis-majlis, akan adalah kawan-kawan tanya saya bila pilihan raya umum (PRU) akan diadakan.
Mungkin mereka ingat memandangkan saya orang media, kenal beberapa orang dalam kerajaan dan dalam parti politik, tentu saya terima tempias berita tentang bab berkaitan PRU.
Barangkali mereka pun tahu saya tak tahu, tetapi sekadar bertanya untuk menimbulkan isu buat menyemarakkan perbualan.
Nak jawab macam mana saya pun tak tahulah. Pemimpin-pemimpin negara dan orang politik pun sebenarnya tidak tahu hinggalah di saat-saat terakhir.
Jadi, macam mana saya, yang bukan orang politik dan yang tidak berada dalam kerajaan hendak tahu tarikh PRU diadakan.
Seperti orang lain, saya pun sekadar mengikuti pandangan para penganalisis dan membuat congak sendiri. Main agak-agak jugalah.
Cuma, untuk tidak menghampakan kawan-kawan yang mencari modal untuk bersembang, secara berseloroh, saya sudah siap dengan jawapan mudah, iaitu "perdana menteri belum bagi tahu saya lagi" - jawapan yang cukup untuk buat kawan-kawan ketawa.
Apabila direnungkan, saya terfikir apakah perdana menteri yang biasanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang bila PRU patut diadakan sendiri sudah dapat tentukan dalam fikirannya tarikh yang wajar? Wallahuaklam!
Untuk menentukan tarikh yang paling sesuai pun bukan macam makan kacang sahaja buat perdana menteri, apa lagi orang lain.
Kesan kepada dirinya, kepada partinya, kepada kerajaan pimpinannya, kepada rakyat dan negara, ekonomi. dan isu-isu yang berbangkit perlu diambil kira dan disusun dengan teliti sebelum memikirkan tarikh yang paling wajar.
Silap perhitungan, tinggi harga yang perlu dibayar.
Kini semakin banyak ramalan dibuat bukan sekadar oleh penganalisis politik, bahkan rakyat di bandar dan di luar bandar.
Tujuan mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan di PWTC hari ini pun sudah menjadi teka-teki apakah PRU14 akan diadakan awal daripada jangkaan.
Menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mesyuarat itu mesyuarat biasa sahaja.
Kita tunggu dan dengar nanti apakah mesyuarat biasa itu membincang isu-isu luar biasa, seperti waktu yang paling sesuai untuk mengadakan PRU14 yang dinanti-nantikan semua pihak berkaitan.
Mengambil kira semua keadaan - ketiadaan lagi masalah banjir, cuti sekolah, musim perayaan dan sebagainya - ramai yang ramalkan PRU14 akan diadakan pada bulan Mac atau Jun 2018.
Semua tahu, mahu tidak mahu, suka atau tidak, bimbang atau tidak, PRU14 wajib diadakan selewat-lewatnya Ogos depan.
Waktu-waktu seperti ini juga membuat sebilangan mereka di dalam dunia politik tanah air serba salah. Apa dibuat macam serba tak kena sahaja.
Apa yang mereka buat mungkin dilihat sebagai tindak-tanduk bagi memancing undi untuk parti atau, bagi yang berkira-kira mahu jadi calon PRU, untuk diri sendiri.
Buat pengumuman projek, lawat penduduk luar bandar, ziarah orang sakit, dukung bayi, agih-agihkan barang makanan dan sebagainya, semua itu mungkin diterjemahkan sebagai taktik untuk pancing undi, walaupun niatnya tidak semestinya begitu.
Bagi mereka yang mahu kempen untuk parti atau nak jadi calon, cakap pun kena jaga-jaga.
Silap cakap mengundang kemarahan masyarakat dan pengundi. Apa lagi kalau cakap mereka membuat ketua parti marah.
Hari ini, menafikan kesilapan yang diucapkan dan tindakan yang diambil bukan mudah.
Banyak perkara mudah sahaja dirakam dan ditular. Kalau yang tidak silap pun boleh direka, ditokok tambah, apa lagi yang memang silap. Dalam musim PRU begini, silap cakap akan makan diri.
Ustaz-ustaz yang alim tentang hukum-hakam pun boleh kena belasah teruk oleh mereka yang tidak suka dengan cakap-cakap mereka, apa lagi orang biasa dan yang baharu nak berjinak dengan ceramah.
Baru-baru ini seorang ustaz terkenal (yang saya tak nak sebut nama sebab saya tak nak dijadikan isu lagi) dikritik media kerana menyentuh isu gadis kahwin pada usia 15 tahun dan berkaitan gambar, aurat dan muhrim.
Bayangkan cabaran dan kecaman yang mungkin dihadapinya kalau ustaz itu jadi calon PRU atau pemimpin parti.
Sudah ada pun yang mengatakan beliau tiada hak keluarkan fatwa sebab fatwa hanya boleh dibuat oleh mufti. Wallahuaklam!
Pada saya, yang penting mereka yang nak bertanding kena ingat juga amaran yang pernah diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama dahulu.
Suruhanjaya itu berazam bertindak tegas terhadap mereka yang mempunyai kes-kes rasuah dan salah guna kuasa. Mengingatkan semua parti politik memastikan setiap calon pilihan raya yang dipilih bersih daripada sebarang jenayah rasuah atau salah guna kuasa.
“Sekiranya ia tidak dipastikan, jangan salahkan SPRM apabila kami buat kunjungan hormat dan mengetuk pintu-pintu anda selepas pilihan raya,” kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada PRU14 nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan