Khamis, 11 Januari 2018

PRU-14: BERSIH 2.0 jangka 80% keluar mengundi

OLEH NAZLI IBRAHIM




PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menjangkakan lebih 80 peratus pemilih akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, beliau juga berharap supaya pengundi tidak mensia-siakan peluang memilih wakil rakyat dan kerajaan pilihan masing-masing.

“Saya harap kali ini jumlah keluar mengundi lebih 80 peratus dengan mengekalkan pencapaian tinggi keluar mengundi, pada PRU13 lalu,” katanya pada sidang media BERSIH 2.0, di pejabatnya di Pusat Perniagaan Eight Avenue, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengundi juga tidak harus berpatah hati untuk mengundi walaupun terdapat banyak penyelewengan pilihan raya berlaku, di negara ini.

Katanya, pengundi perlu mengambil iktibar PRU12 dan PRU13 lalu apabila tanpa disangka pembangkang memenagi undi popular, di samping menawan lima negeri pada PRU12.

“Saya sedar ada pengundi merasakan tiada harapan dan tetapi masih ada untuk melakukan perubahan kerana lihat sahaja pada 2008 dan 2013. Rakyat patut gunakan kuasa mengundi,” katanya.

Tiada ulasan: