Sabtu, 6 Januari 2018

Pastikan PRU-14 dilaksana adil dan amanah

OLEH NORHAYATI UMOR




KAJANG: Pakatan Harapan mahu Pilihanraya Umum ke 14 yang bakal diadakan tidak lama lagi dapat dilaksanakan dengan adil dan amanah.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PRU14 bakal menjadi pilihan raya yang paling ‘panas’ seandainya ia tidak dijalankan dengan adil dan saksama.

Katanya, hal itu juga dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PRU14 itu akan menjadi ‘bapa pilihanraya’.

“PRU14 ini disebut Najib sebagai bapa segala PRU maka saya menuntut komitmen daripada beliau
“Wahai Najib pastikan PRU14 kali ini adalah sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

“Perlu setuju dan juga harus akur akan suara dan kehendak rakyat dan undang-undang dan pastikan peralihan kuasa berjalan dengan aman.



“Insyaallah kalau kita menang pada PRU14, sama-sana kita berdoa,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka, di sini hari ini.

Sementara itu, Azizah berkata pelancaran wanita harapan merupakan detik bersejarah buat wanita Harapan.

“Ayuh bersama-sama kita bersatu hati, bangkit pastikan kemenangan dalam PRU14 nanti,” katanya.
Beliau turut mahu golongan wanita lebih banyak dilantik dalam perwakilan.

Tiada ulasan: