Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
KUALA LUMPUR
– Kluster Belia dan Mahasiswa UMMAH menuntut kerajaan menyediakan
peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan universiti tempatan,
khususnya golongan Melayu Islam.
Naib
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Muhamad Faizzuddin
Mohd Zai berkata, amat malang bagi golongan muda Melayu Islam dalam
sektor pekerjaan di negara ini kerana bangsa lain lebih banyak diterima
bekerja.
“Mengikut
kajian, didapati 24 peratus pemohon bangsa Cina dipanggil untuk temu
duga, berbanding hanya 6.8 peratus golongan Melayu diterima untuk temu
duga di syarikat milik Cina.
“Kajian
juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih orang Cina di
mana kadar panggilan balik terhadap pemohon graduan Cina adalah 6.8
peratus, berbanding hanya 4.8 peratus daripada golongan Melayu.
“Bagi
syarikat antarabangsa pula, sehingga 22.9 peratus calon Cina dipanggil
untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima
panggilan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen
Kebangkitan Ummah yang diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini,
hari ini.
Berikutan
itu, kerajaan perlu memandang berat perkara ini kerana tidak mahu bangsa
lain berterusan mendominasi peluang pekerjaan sehingga menyukarkan anak
muda Islam untuk berkembang.
“Perkukuhkanlah
kuasa ekonomi Melayu Islam di negara ini. Pelihara dan bantulah anak
muda Melayu Islam dalam segenap perkara untuk mempersiapkan diri mereka
menjadi pewaris kepada tanah air yang kita cintai bersama hari ini,”
katanya.
Seramai
1,500 orang terdiri daripada pelbagai NGO Islam, tokoh-tokoh Agama,
ilmuan dan alim ulama serta individu-individu yang prihatin terhadap
Islam dari seluruh negara hadir pada Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU),
hari ini.
KKU
merupakan inisiatif Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) untuk membincangkan
bidang-bidang yang menjadi kepentingan umat Islam ke arah mencapai
objektif Ummah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan