KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60
kilometer sejak (kmsj) dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter
dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
Kawasan yang terbabit ialah perairan tenggara Samui, Tioman, barat laut Bunguran, Condore dan barat laut Reef North.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua
aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak
mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter juga dijangka berlaku di perairan
tengah Samui, utara Tioman, tenggara Bunguran, tengah Reef North,
Layang-layang, barat laut Reef South dan barat laut Palawan.
Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti
perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Jabatan Meteorologi dalam laman webnya turut memberi amaran angin
kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ketinggian
ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Terengganu, Pahang
dan timur Johor.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua
aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor pula dijangka
terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut, bermula hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan