BANGI – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)
sedia memberi kerjasama penuh dengan firma audit luar berhubung isu
penukaran hak milik tanah bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala
Lumpur.
Pengerusinya,
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi
sekiranya wujud salah laku dan berharap tindakan undang-undang akan
diambil.
Audit
berhubung isu pemilikan hak milik tanah Felda itu dijangka bermula esok,
selepas Jabatan Perdana Menteri melantik firma audit luar baru-baru
ini.
“Khamis lalu, JPM mengumumkan pelantikan syarikat audit luar berhubung hal ini dan kita akan beri kerjasama penuh.
“Felda
tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana kami mahukan semula hak ke
atas tanah tersebut,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.
Sebelum
ini, akhbar Berita Harian (BH) melaporkan Felda berisiko kehilangan hak
ke atas tanah berstrategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai
lebih RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi
transaksi diragui sejak 2015.
Pindah
milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation
Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama
pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi
membangunkannya.
Pertukaran
hak milik secara rahsia itu dipercayai dilakukan pada 2015, ketika Tan
Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan