SHAH ALAM: Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata bila-bila
masapun adalah masa yang sesuai untuk pilihan raya kerana SPR
bertanggungjawab mengendalikan pilihanraya dengan telus, lancar dan
aman.
"Namun begitu beberapa perkara perlu menjadi keutamaan pertimbangan
termasuk keadaan cuaca," kata Mohd Hashim dipetik Mingguan Malaysia hari
ini.
Hashim berkata SPR telah memulakan persiapan PRU-14 sejak dua tahun
yang lalu, manakala faktor cuaca menyumbang kepada penentuan tarikh
pilihan raya.
"Cuaca akan menjadi faktor penentu bagi memastikan perjalanan pilihan
raya berlangsung dengan lancar dan mempengaruhi jumlah pengundi keluar
mengundi.
"Dalam menjalankan persiapan ini SPR turut mengambil perhatian dalam
soal bencana banjir sekiranya ia berlaku semasa pilihanraya," kata
beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan