Jumaat, 12 Januari 2018

Anwar jangan mudah maafkan Tun M – Chegubard

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard bercakap semasa forum bertajuk 'Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik?' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan tidak mudah memaafkan ‘dosa silam’ Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan rakyat bangkit membelanya ketika beliau difitnah dan disingkir kerana menentang salah guna kuasa.
 
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, Anwar jangan lupa pengorbanan besar rakyat ketika itu yang melawan kezaliman Mahathir.

“Bukan soal Anwar, kerana itu, Anwar sudah maafkan Mahathir. Anwar jangan nak mudah-mudah guna nama rakyat sebab rakyat tak maafkan Anwar kerana pengorbanan rakyat sangat besar pada ketika itu.

“Kita bangkit bersama dengan Anwar Ibrahim bukan kerana sosok Anwar Ibrahim. Kita bangkit kerana pada ketika itu, kita melihat penuh kepincangan, dasar penswastaan yang menindas rakyat.

“Sekarang ini kamu yang gila kerana bagi kuasa kepada orang yang pencen,” katanya ketika Forum Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik di The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), di sini, semalam.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau 
Chegubard bercakap semasa forum bertajuk ‘Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia 
Yang Lebih Baik?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan 
Maharajalela, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
Badrul Hisham juga mengingatkan rakyat agar tidak ‘terpesona’ dengan janji manis Mahathir yang mahu mewujudkan Proton baharu susulan kepentingan dalam pengeluar kereta nasional itu kini dijual kepada syarikat asing.

Dakwanya, cadangan Mahathir itu juga dilihat sebagai cubaan untuk menanggung sebuah ego sistem Mahathirsme itu yang diperkenalkan beliau ketika berkuasa.

“Proton berdepan masalah sejak hari pertama, bukan masalah syarikat tapi masalah kepada rakyat kerana cita-cita dan ego politik Mahathirisme ini, kita kena ada kereta kebangsaan, kita kena ada kereta Malaysia.

“Bila wujud Proton, sabotaj pengangkutan awam. Sepatutnya kita bina sistem keretapi, sistem yang memudahkan rakyat. Tapi kita sabotaj sebab apa? Supaya rakyat pakai Proton.

“Akhirnya naikkan harga kereta lain, rakyat disumbat dengan Proton tin milo, akhirnya bila Proton rugi, ambil duit rakyat lagi masukkan ke dalam Proton,” tegasnya.

Beliau turut membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berdiam diri dan tidak mengkritik kenyataan Mahathir yang mengatakan kutipan tol di negara masih murah berbanding negara lain.

“Mahathir kata apa, tol Malaysia masih murah, ada siapa yang berani cakap, belum Mahathir ada kuasa lagi, cakap soal cukai.

“Makna esok mansuh GST, mansuh macam mana, naik harga tol, kerana harga tol masih murah, beza dengan Jepun. Mampus kita,” katanya.

Katanya lagi, beliau masih boleh menerima jika diberi pilihan bakal kerajaan yang akan memerintah, sama ada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, namun tidak menolak apabila Mahathir mahu diangkat semula sebagai perdana menteri.

“Kalau bagi saya PH dan BN, pasti saya pilih Pakatan Harapan, tapi bila pilih Najib dan Mahathir, saya termenung sebab dua kali lima, lima kali dua, sama saja dua-duanya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.


Tiada ulasan: