BIARPUN pelbagai pihak mendesak anggota Exco PAS di Selangor meletak jawatan, namun di Kelantan lantikan politik kalangan pemimpin PKR sebagai Penyelia Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Penyelia Parlimen dikekalkan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan
negeri tidak berhasrat untuk bertindak sebaliknya terhadap mereka yang
dilantik sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, pelantikan itu kekal sehingga pilihan raya umum (PRU-14).
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani
perjanjian akademik antara Kolej Islam Antarabangsa (Kias) dan Yayasan
Kelantan Darulnaim (Yakin) dan Universiti Islam Madinah (UIM) di Kota
Bharu hari ini.
Majlis menandatangani perjanjian itu turut dihadiri Menteri Besar
Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Speaker Dun, Datuk Abdullah
Ya'kub dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat
Hadir sama wakil kerajaan Arab Saudi dan Universiti Islam Madinah.
Mohd Amar juga berkata, lantikan politik dari kalangan pemimpin atau ahli PKR tidak perlu ditarik balik sehingga PRU 14 diadakan
“Setakat ini tiga Penyelia Dun di kalangan anggota PKR, di samping tiga Penyelia Parlimen dikekalkan memandangkan kita mengamal konsep taawun,” katanya.
Penyelia Dun PKR yang dilantik sebelum iaitu di Dun Paloh, Dun Nenggiri dan Kuala Balah. Manakala parlimen di Machang, Ketereh dan Tanah Merah.
PKR juga memenangi Dun Guchil pada PRU lepas melalui Mohd Ruslan Putih. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan