Rabu, 17 Mei 2017

PAS Atur Strategi Perkasa Media Baru



DETIK DAILY

 

KUALA LUMPUR – PAS kini mengorak langkah ke hadapan setelah berjaya membawa imej politik matang melalui penggunaan media baru.


Dalam mesyuarat PAS Pusat ,YB Dato’ Haji Iskandar Abdul Samad telah diberikan tanggungjawab menggalas porfolio Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT) sementara jawatan Pengarah Jabatan IT PAS Pusat sesi

2017/2019 terus disandang oleh Saudara Suhaimi Embong sepertimana tradisi sebelum ini.

Satu majlis taklimat dan pertemuan khas bersama Jabatan IT PAS Pusat sesi lalu telah dibuat pada 15 Mei 2017 di Ampang bersama Dato' YB. Haji Iskandar Abdul Samad.

Dalam pertemuan tersebut YB. Dato’ Iskandar berkata beliau mengakui bidang IT pada hari ini begitu mencabar dan perlu digunakan sebaiknya khususnya media online.

Hal demikian jelasnya bagi mengelakkan sebarang maklumat yang boleh memberi fitnah kepada parti.

Katanya lagi, PAS kini menyedari kepentingan media baru dan bakal mengambil langkah pemerkasaan melalui media online dan sebagainya demi memastikan sebaran parti berjaya menembusi pelbagai lapisan masyarakat.


YB Dato' Iskandar juga merupakan Naib Presiden PAS setelah memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Kali ke-63 yang lalu.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din, Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Mohammad Nadzim Ahmad Azmi dan Dewan Muslimat PAS Pusat, Puan Jazlina Shafawi disamping AJK yang telah dilantik.


Tiada ulasan: