Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata keseluruhan sistem imigresen perlu baik pulih.
PETALING
JAYA: Wakil rakyat DAP Steven Sim berkata “penjaga pintu” di lapangan
terbang dan sempadan yang perlu dipersalahkan untuk kemasukan individu
“berisiko tinggi” ke negara ini, dan bukannya visa.
Beliau berkata imigresen sepatutnya sudah memiliki data 39 individu “berisiko tinggi” yang memasuki negara ini selepas dihalang dari memasuki Syria.
Beliau menyorot peristiwa tragedi MH370, apabila 2 warga Iran didapati menggunakan pasport palsu.
“Pada masa itu, mereka kata perkara itu berlaku kerana kita tiada manfaat pangkalan cap jari Interpol.
“Sekarang, kita sudah berbelanja jutaan ringgit untuk meningkatkan sistem. Setiap tahun, ia menelan kos kerana kita perlu bayar syarikat untuk pengenalan biometrik. Jadi bagaimana orang-orang itu boleh masuk?” soalnya.
Steven merujuk kepada laporan New Straits Times yang melapoorkan sekurang-kurangnya 30 individu “berisiko tinggi” yang gagal memasuki Syria untuk berjuang bersama IS ditangkap dan dihantar ke Malaysia.
“Keseluruhan imigresen kita perlu dibaik pulih. Mengapa penjaga pintu kita lemah?
“Belum lagi kita sentuh mengenai sempadan hutan. Ini pintu masuk lapangan terbang.”
Steven berkata mungkin ada penglibatan orang dalam imigresen, menyebabkan individu “berisiko tinggi” boleh masuk.
Sebelum ini, terhadap laporan beberapa kakitangan imigresen ditangkap kerana terlibat dalam mensabotaj sistem imigresen di lapangan terbang untuk keuntungan kewangan peribadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan