Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, walaupun parti itu menerima penjelasan Khaw yang meninggalkan dewan semasa DUN meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016, Hock Hong bagaimanapun tidak menjelaskan pendirian MCA di dalam dan luar dewan.
"Tindakan beliau menimbulkan spekulasi mengenai pendirian MCA, yang tidak pernah berubah.
"Kita dengan tegas membantah pindaan enakmen yang membolehkan ibu atau bapa yang memeluk Islam menukar status agama anak untuk memeluk Islam," kata Tiong Lai selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan