Ahad, 2 Oktober 2016

ZAHID PERLI HISHAM?


shahbudindotcom


Di Johor hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak terlalu memikirkan kedudukan dalam parti, sebaliknya perlu lebih fokus kepada mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.
 
 
 
 
Katanya, beliau sedar ada segelintir daripada mereka yang bercita-cita untuk menempah jawatan tertentu dalam UMNO dan bukannya mengutamakan kemenangan parti.

Ehem, ehem...Zahid perli siapa ni?

Meskipun Zahid bercakap secara umum dan tidak menyasarkan kepada sesiapa, adakah ucapan beliau itu ada kaitan dengan sebuah kajian baru-baru ini yang mendapati pesaingnya, Hishammuddin Hussein lebih popular 1 peratus berbanding dirinya untuk menggantikan Najib Razak, yang sekaligus menyebabkan para penyokong sepupu Perdana Menteri itu mula melonjak keriangan?

Tambahan lagi, Zahid juga menyebut perkara itu di Johor, negeri yang menjadi tapak politik bagi Hishammuddin.
 
 
 
 
Sebelum ini, apabila ditanya mengenai kajian yang mendapati Hishammuddin lebih popular berbanding dirinya, Zahid turut seakan-akan sinis dengan berkata, "Alhamdulillah, Hisham lebih popular 1 peratus."

Apakah perseteruan antara mereka bakal terus membara? 


Tiada ulasan: