MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ditanya sama ada beliau
akan menahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos
berhubung kenyataan 'bermandi darah' atau melepaskannya sekali lagi.
"Saya ingin bertanya kepada Khalid sama ada polis akan menahan Jamal
untuk disoal siasat atas kenyataan 'bermandikan darah' yang dibuat
beliau.
"Atau apakah Khalid akan mengatakan sekali lagi ia hanya 'perang
mulut' oleh Jamal, sama seperti apabila beliau menolak ikrar Jamal
sebelum ini mengenai perang menentang BERSIH 5 sebagai tidak lebih
daripada 'perang mulut'?," tanya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam
kenyataan hari ini.
Pada hari Khamis yang lalu, Jamal semasa sidang media di ibu pejabat Umno Selangor berikrar untuk menyekat perhimpunan BERSIH 5.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja untuk
menghentikan perhimpunan BERSIH...Bagi saya, perjuangan kita akan
berterusan walaupun jika bermandikan darah," beliau dilaporkan berkata.
Kok menambah, adalah tidak bijak bagi Khalid untuk mengenepikan
apa-apa kenyataan Jamal sebagai pergerakan baju merah yang dipimpinnya
kerana mempunyai sejarah keganasan.
"Khalid terlepas pandang fakta penting - bahawa kumpulan baju merah telah bertindak ganas terhadap siri jelajah BERSIH.
"Begitu jua, walaupun Jamal telah membuat kenyataan yang sama pada
perhimpunan di Kapar Sabtu lalu dan menjelaskan bahawa 'bermandikan
darah' itu bermakna baju merah berlumuran dengan darah sendiri dan
bukannya orang lain, polis perlu melihat kenyataan itu secara," ujar
Kok.
Beliau berharap Khalid akan memulakan siasatan mengenai perkara ini, kata Kok.
Kok juga mengkritik Umno kerana tidak menyekat Jamal.
"Adalah amat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab untuk kepimpinan
Umno berdiam diri mengenai 'keterlibatan dalam baju merah' oleh Jamal
dan kalangan ahli Umno terhadap BERSIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan