Zulaikha Zulkifli
LIHAT VIDEO DI SINI
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata, penurunan giliran usul untuk menambah bidang kuasa mahkamah syariah di parlimen tiada kena mengena dengannya.
"Kenapa (usul persendirian) naik, turun, itu urusan speaker. Bukan urusan saya. Saya kemukakan usul, terpulang pada mereka nak letak nombor satu ke, tujuh, 40.
"Ada udang ke, ikan, buaya, saya tak tahu. Ini terpulang," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang bertanya kepada presiden PAS itu, mengenai usulnya yang 'naik dan turun' dalam kertas perintah.
Chong juga bertanya sama ada Abdul Hadi mempunyai 'udang di sebalik batu' bersama Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) agar usul tersebut dimasukkan dalam aturan mesyuarat.
"Boleh tahu apakah udang di sebalik batu atau persetujuan sulit antara Marang dan Pekan supaya usul dapat dinaikkan serta dapat memecahbelahkan pembangkang supaya Umno dapat tadbir negara?" soal Chong.
Dari giliran keempat, usul Hadi bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), diturunkan ke tempat ketujuh dalam kertas aturan mesyuarat bagi sesi terakhir parlimen tahun ini.
Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai. Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.
Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.
Bermula minggu ini, debat parlimen memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.
Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.
Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian.
Dalam aturan urusan mesyuarat hari ini, usul Abdul Hadi berada di kedudukan nombor lima.
Selain itu, Abdul Hadi turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan PAS mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, perkara tersebut sepatutnya tidak menjadi pertikaian memandangkan bukan satu kesalahan rundingan diadakan sekiranya ia berkaitan agama Islam.
"Oleh kerana perkara ini berkaitan kepentingan bersama orang-orang Islam, tak jadi kesalahan rundingan diadakan. Sama ada di peringkat politik, kerajaan, pegawai.
"Maka diadakan rundingan di peringkat politik kerana yang dipilih dalam Dewan Negeri dan Dewan Rakyat adalah di peringkat politik.
"Kalau sekiranya hal lebuh raya, hal jambatan Pulau Pinang, macam-macam boleh berunding antara negeri dan Pusat, adakah salah kami berunding dengan Pusat, di semua peringkat?
“Ini tak jadi satu kesalahan," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan