MALAYSIAKINI
Satu laporan polis dibuat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mendedahkan "rahsia kerajaan" yang
berkaitan dengan 1MDB.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah dalam
laporannya menyebut Muhyiddin berbuat demikian dalam dua kejadian -
minggu ini di Parlimen, dan awal bulan ini dalam sebuah ceramah.
"Beliau melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana semua dokumen yang
telah diklasifikasikan mesti kekal rahsia," kata Azwanddin dalam
laporannya. Satu salinan laporan diperolehi oleh Malaysiakini.
Azwanddin berkata, tindakan Muhyiddin itu perlu dipandang serius kerana ia ibarat "menghasut rakyat".
Dalam klip video yang dimuat naik oleh KiniTV, Azwanddin
bagaimanapun mengakui bahawa tindakan mungkin tidak dapat diambil
terhadap Muhyiddin kerana beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan di
Parlimen.
Laporan polis hari ini dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri
Pandikar Amin Mulia berkata, Muhyiddin dan juga bekas rakan anggota
kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah
kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan