Jumaat, 28 Oktober 2016

Keluar PPBM: Dr Mahathir mahu tanya Khairuddin dahulu

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berjumpa dan mendengar penjelasan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terlebih dahulu, sebelum menjawab mengapa 'orang kuatnya' itu bertindak keluar parti.
 
"Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi kenyataan dari beliau (Khairuddin)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah majlis pelancaran buku di Yayasan Al Bukhary, hari ini.
 
"Tidak tahu, perkara itu betul atau tidak. Saya kena bercakap dengan beliau dahulu," katanya lagi.
 
Khairuddin pada semalam mengumumkan dirinya keluar daripada PPBM untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi beberapa kes di mahkamah. 
 
Khairuddin sebelum ini menyertai parti PPBM pimpinan Dr Mahathir dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
"Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat yang berada bersama parti Bersatu (PPBM) dan berharap mereka menggalas tanggungjawab secara beramanah.
 
"Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti Bersatu (PPBM) tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali meniru budaya serta amalan buruk Umno ke dalam Bersatu," kata Khairuddin sebagaimana memetik kenyataannya, pada Khamis.
 
 

Tiada ulasan: