JOHOR BAHRU: Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam
kebakaran baharu melibatkan bilik bedah di tingkat satu bangunan induk
Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pukul 1.50 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman
Salleh berkata, kejadian itu berpunca daripada percikan api dari sebuah
bilik bedah yang sedang dinaik taraf.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku disebabkan air yang mengalir dan
menitis dari tingkat dua terkena soket di tingkat satu hingga
menyebabkan berlakunya percikan api.
"Kejadian berlaku semasa kakitangan hospital melakukan kerja-kerja
pembersihan di tingkat dua yang menempatkan wad unit rawatan rapi (ICU)
selepas terbakar semalam.
"Kejadian itu bagaimanapun tidak serius," katanya ketika ditemui di pekarangan HSA, di sini sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan