shahbudindotcom
Di
Johor hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi
mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak terlalu memikirkan
kedudukan dalam parti, sebaliknya perlu lebih fokus kepada mencapai
kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya,
beliau sedar ada segelintir daripada mereka yang bercita-cita untuk
menempah jawatan tertentu dalam UMNO dan bukannya mengutamakan
kemenangan parti.
Ehem, ehem...Zahid perli siapa ni?
Meskipun
Zahid bercakap secara umum dan tidak menyasarkan kepada sesiapa, adakah
ucapan beliau itu ada kaitan dengan sebuah kajian baru-baru ini yang
mendapati pesaingnya, Hishammuddin Hussein lebih popular 1 peratus
berbanding dirinya untuk menggantikan Najib Razak, yang sekaligus
menyebabkan para penyokong sepupu Perdana Menteri itu mula melonjak
keriangan?
Tambahan lagi, Zahid juga menyebut perkara itu di Johor, negeri yang menjadi tapak politik bagi Hishammuddin.
Sebelum
ini, apabila ditanya mengenai kajian yang mendapati Hishammuddin lebih
popular berbanding dirinya, Zahid turut seakan-akan sinis dengan
berkata, "Alhamdulillah, Hisham lebih popular 1 peratus."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.