Selepas meninggalkan bumi Kuala Lumpur
dan menetap terus di Sabah, penyanyi nasyid Nazrey Johani memberitahu
dia belum meninggalkan bidang nyanyian.
Memetik laporan Utusan,
bekas anggota kumpulan Raihan ini berkata dia masih menjadikan nyanyian
sebagai periuk nasi disamping menguruskan sebuah sekolah tahfiz
memerlukan tumpuan yang banyak menyebabkan dia berkorban untuk memantau
hasil usahanya itu dari dekat.
"Memang selepas berniat untuk membuka
sebuah sekolah tahfiz. Saya nekad untuk berpindah terus ke Sabah. Sebab
saya mahu bantu orang Sabah, bagi saya tiada orang lain yang faham
mengenai tempat ini selain orang yang dibesarkan di sini seperti saya.
"Tetapi tidaklah saya menutup terus
peluang saya untuk membuat persembahan. Ironinya selepas ramai yang tahu
saya buka sekolah ini, makin banyak pula tawaran untuk bernyanyi. Malah
tidak sekadar di Sabah tetapi seluruh negara dan beberapa negara luar,”
katanya.
Membuka rahsia sebenar kehidupannya
kini, Nazrey tidak menolak sebenarnya untuk membuka sebuah rumah tahfiz,
dia perlu menjadi lebih kaya dari apa yang orang bayangkan. Katanya,
pandangan orang yang mengatakan dia hidup melarat dan miskin langsung
tidak benar kerana untuk menjalankan sebuah sekolah memerlukan
perbelanjaan yang banyak.
“Saya memerlukan hampir RM20,000 sebulan
untuk memastikan sekolah tahfiz itu berjalan dengan baik. Jadi khabar
angin mengatakan saya hidup miskin adalah tidak benar. Bahkan saya
sebenarnya perlu lebih kaya dari dahulu.
“Namun bukan itu yang mahu sampaikan,
apa juga cabaran yang dilalui, saya buat dengan ikhlas untuk membantu
menegakkan syiar Islam di bumi Sabah. Alhamdulillah setakat ini ada
bantuan yang sampai kepada saya untuk sama-sama membantu sekolah tahfiz
ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan