OLEH NORHAYATI UMOR
SUBANG JAYA: Dua laluan baru bagi perkhidmatan bas percuma
Smart Selangor diperluaskan ke kawasan Puchong dan Kinrara, bermula
Jumaat ini (28 Oktober).
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dato’ Nor Hisham
Ahmad Dahlan berkata, laluan baru itu dibuka ekoran sambutan
memberangsangkan di sekitar pentadbiran.
Katanya, laluan baru itu dijangka mempunyai bilangan ‘ridership’ yang
tinggi kerana menghubungkan antara Puchong dan Subang Jaya yang tidak
mempunyai perkhidmatan bas ketika ini.
“Begitu juga dengan laluan Kinrara. Ia diintegrasi dengan baik yang
menghubungkan stesen LRT dengan kediaman penduduk yang berkepadatan
sederhana dan tinggi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat
bulanan, di sini.
Nor Hisham berkata sebanyak RM1.25 juta diperuntukan Kerajaan Negeri
bagi satu laluan manakala satu laluan lagi di bawah tanggungan MPSJ.
“Empat buah bas disediakan dan jumlah keseluruhan dianggarkan
sebanyak RM2.5 juta. ‘Business model’ yang diberikan untuk 12 meter bas
adalah RM800 sehari.
“Kaedah perlaksanaan perkhidmatan bas MPSJ dilaksanakan melalui
pendekatan kaedah kontrak/perjanjian antara MPSJ dengan Rapid KL dari
tempoh pelaksanaan 12 bulan,” katanya.
Laluan 2 akan membabitkan Tesco Puchong-IOI- Mall Sunway Medical
Centre-Sunway Piramid-Kompleks 3C-LRT SS18-Kolej Inti-Skypod
Residence-Tesco Puchong.
Laluan 3 membabitkan LRT BK5-SMK Bandar Kinrara-Pasar Pagi TK3-SMK
Batu 8-SMK Bandar Puchong Jaya-Taman Paik Siong-Kinrara Court-LRTBK5.
Pelaksanaan perkhidmatan itu sebagai galakan kepada penduduk untuk
meningkatkan ‘modal share’ iaitu menggalakan penggunaan pengangkutan
awam berbanding kenderaan persendirian.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan