Oleh shahil
"
Baniir
pada tahun 2014 merupakan banjir terburuk dalam sejarah sejak banjir
tahun 1973. Paling menderita ialah rakyat Kelantan kerana sebahagian
besar negeri itu dilanda banjir tersebut.
Kuala Krai merupakan
kawasan paling teruk dilanda bencana tersebut. Ramai rakyat yang
terkorban, kemusnahan harta benda tak terkira.
Baru-baru lalu ternbinalah sebuah tugu di Kuala Krai. Sebuah tugu untuk memperingati peristiwa banjir besar.
Sekonyong-konyong
riuh rendahlah orang mencela kerajaan Kelantan. Kata mereka, apa ke
jadahnya Kerajaan Kelantan membina tugu dengan kos rm60,000.00 itu
sedangkan duit tersebut boleh digunakan untuk membena rumah rakyat yang
dilanda banjir.
Jahatnya kerajaan Kelantan. Tak berguna langsung kerana mengutamakan tugu dari rakyat.
Sekonyong-konyong
ada juga wakil rakyat BN yang jujur mengakui kerajaan Kelantan tidak
bersalah dalam hal tugu ini. Ada juga adun BN yang bercakap benar.
Tahniah dan syabash.
Kata Datuk Md Alwi, adun Kok Lanas, tugu
tersebut dibina dengan pembiayaan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia
selepas inisiatif diusahakan Persatuan Juruukur Malaysia. "Tidak boleh
hendak salah kerajaan negeri. Apa-apa maklumat mengenai ukur datang
daripada Persatuan Juruukur Malaysia. Kami ada enam lembaga iaitu tiga
wakil kerajaan dan tiga lagi dari swasta, di mana saya salah seorang
daripadanya. Tugu itu mencatat maklumat mengenai banjir yang berlaku di
Kelantan sejak 1920,” katanya ketika menjelaskan isu terbabit pada
persidangan Dun.
Ambik kau!
Dimana pencela kerajaan Kelantan nak letak muka?
Tak malukah buat fitnah?
Jatuh tertumus ke tahi lembu muka pencela kerajaan Kelantan itu dengan pengakuan Datuk Alwi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan