shahbudindotcom
Ketika
perbalahan antara Najib Razak dengan Tun Mahathir makin memuncak ketika
ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz tampaknya seperti
pembela utama dalam mempertahankan kedudukan Perdana Menteri.
Berbanding
menteri dan pemimpin UMNO yang lain, beliau semakin kerap muncul di
dada media dengan apa saja yang ditanya mengenai serangan terhadap Najib
akan dijawabnya dengan lantang, berani dan terus terang - sesuai dengan
perwatakan semulajadinya.
Mereka
yang mengenali Nazri tahu dan faham benar wataknya. Beliau tidak
berpura-pura. Kalau menyokong, dia akan menunjukkan sokongannya tetapi
kalau sebaliknya, dia juga akan menunjukkan penentangannya.
Di
sisi Najib sekarang, beliaulah yang paling berani menyanggah Tun
Mahathir manakala yang lain agak berhati-hati dan masih menyimpan rasa
hormat terhadap bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa itu.
Ketika
era Tun Abdullah dulu, beliau jugalah antara yang paling lantang
mempertahankan bekas Perdana Menteri itu daripada serangan Tun Mahathir.
Bagi
Nazri, siapa Perdana Menteri itulah bossnya. Tidak lama dulu beliau
pernah berkata, dalam dunia politiknya, hanya dua pihak yang perlu
dijaganya - Perdana Menteri dan pengundinya di Padang Rengas.
Barangkali itulah antara sebab beliau masih kekal menjadi menteri sejak era Tun Mahathir dulu hinggalah sekarang.
Tidak
saja Tun Mahathir yang berseteru dengan Najib sering dilawannya, bahkan
Tuanku Mahkota Johor atau TMJ yang baru-baru ini mengkritik Perdana
Menteri kerana tidak hadir dalam forum Nothing To Hide, turut menjadi
sasarannya.
Nazri
memberi ingatan kepada TMJ agar tidak mencampuri urusan politik negara
berikutan kedudukannya sebagai bakal raja akan mencemarkan kedudukannya.
"Saya
rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik, jika tidak, beliau
juga akan dapat benda yang sama. Kita akan belasah dia.
"Kalau dia mula mengulas mengenai politik dan kita belasah balik, maka dia jangan marah," kata Nazri mengingatkan.
Tindakan
Nazri ini bagaimanapun mengundang polemik yang pantas di media sosial.
Sementara ada yang bersetuju dan menyatakan kebenaran terhadap kata-kata
Nazri itu, ramai juga mengatakan beliau kelihatan agak biadap dengan
keluarga diraja Johor itu lantaran berani memberi ingatan sedemikian
rupa.
Sebahagian
pula mengatakan kerabat Johor ada hak menegur dan mengingatkan pemimpin
UMNO kerana parti itu sendiri ditubuhkan di Istana Johor.
Bekas
Perdana Menteri, Tun Mahathir juga bersetuju bahawa TMJ ada hak memberi
teguran dan pandangan, kecuali ada undang-undang yang melarang daripada
berbuat demikian.
Dalam
hal ini, Nazri juga perlu diingatkan bahawa penglibatan Raja, Sultan
atau keluarga diraja dalam politik bukanlah perkara asing sebenarnya.
Selain ada Sultan di negeri tertentu yang memberi teguran atau sokongan
terbuka kepada pemimpin kerajaan, Najib sendiri pernah menghebohkan
sokongan Sultan terhadapnya.
Pada
23 Mei lalu, dalam usahanya meyakinkan rakyat bahawa kepimpinannya
masih diyakini berikutan kritikan serta desakan meletakkan jawatan oleh
Tun Mahathir, Najib secara terbuka mengatakan Sultan Pahang menyokong
dan mahukannya terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan
ini bukan saja turut dilihat sebagai campurtangan istana dalam politik,
bahkan yang lebih buruk dan memalukan ialah tindakan Najib sendiri
memperalat, menjaja dan menghebahkan sokongan Sultan Pahang terhadapnya.
Secara langsung dan penuh sedar, ia menunjukkan Najib sendiri yang mengheret nama Sultan dan istana demi keuntungan politiknya.
Sebelum mahu memberi ingatan kepada TMJ, Nazri sepatutnya membelasah perbuatan Najib itu terlebih dahulu.
Oppsss...berani ke melawan boss?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan