Rabu, 3 Jun 2015

Lagi nyawa melayang di LPT2

 
Pemandu lori mendakwa ternampak ‘sesuatu’ yang melintas di jalan raya mengakibatkan kenderaannya hilang kawalan sebelum terbabas.


lpt2-acc


PETALING JAYA:Seorang maut manakala 12 lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 menghala ke Ajil pada pagi Rabu di kilometer 356.7

Nahas membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori dengan dua buah kenderaan sukan pelbagai guna (SUV).

Menurut laporan yang dipetik daripada Terengganu Times, pemandu lori mendakwa ternampak ‘sesuatu’ yang melintas di jalan raya mengakibatkan kenderaannya hilang kawalan sebelum terbabas.

Ia kemudian dilanggar Toyota Harrier dinaiki Rodziah Abdullah, yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sejurus selepas itu satu lagi rempuhan berlaku membabitkaan Nissan X-Trail.

Ketika kejadian, mangsa menaiki Toyota Harrier dipandu suaminya, Aswadi Zainudin, bersama anak angkatnya, Izzara Adlina Abdul Naafi, 2, serta dua sepupunya, Mohd Fazri Razali, 20, dan Mohd Farhan Razali, 23 tahun.

Mereka dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang ke kampung mereka di Dungun.

Tiada ulasan: