Dan melihatkan trend harga minyak dunia
semakin naik dan memberikan nafas baru kepada kebanyakan negara
pengeluar minyak, Malaysia tidak menunggu lama untuk menunaikan janji
mereka bagi melaksanakan apa yang yang dipanggil pengenalan dan
pengumuman harga minyak di Malaysia berdasarkan mekanisme apungan
terurus, berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kadar mata wang.
Hasilnya bermula
malam tadi, rakyat Malaysia disajikan dengan kenaikan harga RON95 naik
sebanyak 10 sen menjadikan harga minyak terkini bagi RON95 adalah RM
2.05/liter seperti mana diumumkan sendiri oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Berikut senarai harga baru minyak RON95, RON97 dan diesel :
Senarai Harga Baru Minyak RON95, RON97 dan Diesel Naik?
- Harga baru RON95 : RM 2.05/liter
- Harga baru RON97 : RM 2.35/liter (termasuk GST 6%)
- Harga baru Diesel : RM 2.05/liter
Inilah kenaikan harga RON95 naik buat
pertama kali selepas pelaksanaan GST 2015. Selepas kerajaan Malaysia
membuat pengiraan berdasarkan harga purata bagi bulan-bulan yang
tertentu, dan akhirnya inilah paras harga RON95 naik yang sesuai untuk
rakyat Malaysia bermula 1 Jun 2015.
BACA LAGI BERITA SINI : Kenaikan Harga Barang Naik 20%-30% Bermula 1 April 2015 Pelaksanaan Cukai GST Malaysia 6%. Survey Anda Pula?
Dengan bebanan cukai GST dek kerana kenaikan harga barang menjalang dan selepas pelaksanaan GST, dijangka rakyat malaysia akan terus berhadapan dengan rantaia gelombang kenaikan harga barang seterusnya disebalik kenaikan harga minyak kali ini. Apa kata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan