THE RAKYAT POST
Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun. - Foto hiasan: bigstock.com
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai Khamis 18 Jun, bersamaan 1 Ramadhan 1436 Hijrah.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk
Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi
negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 18 Jun
2015 bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-Raja.
Pengumuman tarikh permulaan puasa itu turut disiarkan menerusi televisyen tempatan.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia sebelum ini menetapkan 16 Jun 2015 bersamaan 29 Syaaban 1436H
untuk melihat atau cerapan anak bulan selain menyatakan beberapa tempat
untuk tujuan tersebut.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan