Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar sikap DAP
yang melakukan serangan habis-habisan terhadap Presidennya Datuk Seri
Abdul Hadi Awang sambil menyifatkan perkara itu 'memalukan' pakatan
pembangkang.
Tegas beliau, sikap yang ditonjolkan kepimpinan DAP terutamanya
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng tidak menggambarkan semangat setiakawan
antara komponen Pakatan Rakyat.
"Kita ini bila duduk dalam Pakatan Rakyat utamanya adalah kebijaksanaan menguruskan perbezaan.
"Perbezaan ini di mana-mana pun ada, sendiri pun ada masalah
perbezaan...kalau PAS bersendirian pun kita ada masalah juga dari segi
perbezaan ini," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
Menurut Suhaizan, perbezaan pandangan berlaku dalam mana-mana
organisasi malah PAS juga boleh berdepan polemik serupa meskipun
bergerak sendirian.
"Kalau PAS bersama dengan Umno katakan, ia pun ada masalah juga dari segi perbezaan.
"PAS dengan Pakatan Rakyat pun ada masalah ini juga, yang pentingnya
adalah bagaimana kita nak menguruskan perbezaan itu," katanya.
Beliua berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai
kenyataan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa hati
Abdul Hadi sekarang adalah bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih
bersama Pakatan.
Kenyataan itu dikeluarkan Guan Eng berikutan sikap Abdul Hadi yang
terus cenderung terhadap Umno daripada memberi sokongan terhadap
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perbalahan PAS dan DAP dalam banyak perkara bukanlah sesuatu baharu dan ia sudah pun diketahui umum.
Bahkan agenda perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan
juga dilihat memberi 'ancaman' kepada keutuhan pakatan pembangkang,
yang dibentuk selepas PRU12 pada 2008.
DAP tidak bijaksana tangani perbezaan pandangan
Kata Suhaizan lagi, sebarang tindakan yang bersifat 'menyerang' atau
mengkritik secara ekstrem perlu dielakkan kerana ia mengundang lebih
banyak konflik.
"Dalam hal ini pada saya tak wajarlah kita bergaduh sesama sendiri, tidak bijaksanalah kita confront each other," katanya.
Beliau turut membangkitkan persoalan dari sudut pandang rakyat mengenai
'serangan' sesama komponen Pakatan sambil menyifatkan DAP tidak
bijaksana dalam menangani perbezaan pandangan.
"Kalau kita confront each other rakyat akan tanya dulu masa pilihan
raya duduk sama-sama satu pentas satu ceramah tapi sekarang dah
bertengkar.
"Dalam Parlimen begitu juga (duduk) satu baris, sebelah-menyebelah you
tak boleh cakapkah? Mengapa you ambil media untuk serang rakan-rakan
yang lain?
"Jadi pada saya itu bukan tindakan yang bijaksanalah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan