MALAYSIAKINI
Ketangkasan barisan pemain Palestin dengan kehadiran dua gol awal pada
minit kelapan dan ke-22 dijadikan faktor kelesuan Harimau Malaya yang
dibelasah 0-6 dalam aksi kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018
dan Piala Asia 2019, malam tadi.
Mengulas prestasi skuad negara itu, jurulatih Dollah Salleh berkata, dua gol awal membuatkan pemainnya seperti hilang semangat.
"Nak bangkit semula pun tak mampu. Mereka seketika dapat menguasai permainan tetapi selepas gol ketiga, semuanya musnah.
"Separuh masa kedua, awal minit nampak bagus apabila beberapa serangan
dapat dilakukan tetapi sekali lagi kita memberikan gol keempat kepada
Palestin.
"Selepas itu pemain nampak sudah berputus asa," kata Dollah seperti dipetik dalam web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ditanya sama ada mahu letak jawatan, Dollah menegaskan beliau bukanlah pengecut.
"Saya tak panik, tetapi saya kecewa dengan keadaan yang ditunjukkan para pemain.
"Kalau ikutkan, memang saya nak senaraikan lebih ramai pemain muda
tetapi mereka beraksi di Sukan SEA. Jadi saya hanya boleh panggil mana
yang ada.
"Kita kena berubah dari segi karakter dan semuanya. Banyak yang perlu
saya ubah, kita perlu buat persiapan lebih rapi selepas ini," katanya.
Palestin anggap kemenangan paling mudah
Sementara itu, Dollah menekankan separuh pemainnya mungkin akan ditukar
dan perubahan perlu dilakukan selepas berbincang dengan barisan
kejurulatihan.
Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Harimau Malaya menempah
laluan sukar bagi meneruskan saingan selepas gagal mencatatkan
kemenangan di gelanggang sendiri buat kali kedua berturut-turut.
Selepas seri (1-1) dengan Timor Leste Khamis lalu dan kekalahan
melalukan (0-6) kepada Palestin, Malaysia dijangka berdepan cabaran
sukar untuk menentang pasukan Emeriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pada 3
dan 8 September ini.
Sementara itu, jurulatih Palestin, Abdel Nasser Barakat menyifatkan
perlawanan itu adalah kemenangan paling mudah buat pasukannya.
"Kami memang mahu menang, tetapi kami terkejut dapat kemenangan besar.
Saya tak sangka Malaysia sudah berputus asa selepas ketinggalan 3-0.
"Saya rasa mereka perlu lakukan seperti Palestin dengan menukar hampir
keseluruhan pemain. Saya rasa ramai pemain muda berbakat di Malaysia,"
kata Abdel Nasser.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan