DAP boleh menyelesaikan krisis dengan Pas
secara terus kerana parti itu telah lama wujud dan mempunyai Ahli
Parlimen Pembangkang teramai.
KUALA LUMPUR: DAP menolak sebarang usaha campur tangan pihak ketiga bagi menyelesaikan krisis dengan Pas, kata Setiausaha Agong, Lim Guan Eng.
Katanya, parti itu mampu menyelesaikannya kerana DAP antara parti yang telah lama wujud dan mempunyai Ahli Parlimen Pembangkang paling ramai di Parlimen.
“Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, pihak ketiga yang dimaksudkan itu merujuk kepada sesiapa sahaja bukan hanya kepada PKR.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, cubaan PKR untuk menjadi pendamai antara DAP dan Pas adalah sia-sia.
“Kedua-dua parti mempunyai tokoh berpengalaman dan mempunyai pendirian. Usaha boleh dilakukan PKR tetapi saya tidak fikir bahawa satu keputusan yang telah diungkap itu boleh berpatah balik.
” Itu satu benda sangat sukar kerana usul yang dibawa Dewan Ulama Pas sudah menggariskan sembilan alasan tentang keperluan untuk putus kerja sama dengan DAP,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan