Selasa, 30 Jun 2015

Apa tujuan penubuhan parti baru? - Tuan Ibrahim

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan tujuan penubuhan parti baru oleh kumpulan G-18, kumpulan pemimpin progresif yang tewas dalam pemilihan parti awal Jun lalu.
 
Kata Tuan Ibrahim, meskipun setiap pihak mempunyai hak demokratik bagi membentuk parti politik, namun kumpulan tersebut tidak wajar berbuat demikian hanya kerana disebabkan tewas dalam pemilihan parti. 
 
"Jika mereka mahu menubuhkan sebuah parti baharu, apakah tujuannya? Mereka kata mahu membanteras rasuah, banyak parti sudah lakukannya," katanya.
 
Tambah Tuan Ibrahim, penubuhan lebih banyak parti baru yang seiringan dengan pembangkang hanya melemahkan gabungan itu dan bukan mengukuhkannya.
 
"Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya akan gembira jika mereka berdepan lebih daripada satu parti kerana mereka mempunyai peluang besar untuk menang," katanya.
 
Malah kata bekas Pesuruhjaya PAS Pahang ini lagi, kumpulan G-18 itu masih lagi sebahagian daripada ahli PAS, yang mana menuntut merreka untuk taat kepada pemimpin parti serta menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka.
 
 

7 ulasan:

ibnu zambri berkata...

Asrul Sani said...
Dalam isu ini saja kita sudah nampak "denial syndrome" kumpulan ulamak Hadi ni.... mereka sendiri sudah pening lalat dengan tindakan yang dibuat. Sekejap sudah pasrah mahu putuskan hubungan dengan DAP. Esok berbelit lidah bercakap bahawa keputusan mahu berpecah belum diputuskan. GILA! Gila kuasa, fikiran sudah bercelaru. Saya rasa majoriti ahli PAS mahukan parti baru. We are ready!

aku berkata...

Parti baru ialah wadah baru bagi mereka yang mahukan politik yang segar dan menyegarkan. Mereka bukan membenci yang lama tetapi memikirkan kita perlu berada pada satu tahap yang baru. Itulah harapan parti baru.

minda sabina berkata...

Kenapa mesti takut bila parti baru hendak ditubuhkan jika pemimpin baru berasa boleh tangani semua perkara apakah Haji Hadi dan para sokongannya telah mula terasa yang kepimpinan telah mula terancam dengan sokongan akar umbi.

Unknown berkata...

Arba berkata...

Esok-esok buat pemilihan dlm parti baru, kalau kalah buat parti baru pula...sampai bila nak habis...itulah cara org yg terlampau cerdik....Islam perlu dipertahankan.

Unknown berkata...

Untuk mempersoalkan tindakan TGHA... kita kena muhasabah diri sendiri dan cuba nilai diri sendiri akan tahap keilmuan yang kita ada berbanding dgn TGHA. Atau alasan itulah dan atas alasan keyakinan bahawa TGHA adalah pemimpin yg berilmu dan aula dan terbukti TGHA akan ketaatannya kpd Perintah Allah, maka adalah menjadi WAJIB untuk setiap ahli jemaah mentaati beliau dan ini apa yang dikatakan haram utk menentang beliau. Kita perlu sedar atas apa yg di perdebatkan dan atas apayg di pertahnkan ini adalah urusan keduniaaan, jawatan, pengaruh dan laba dlm berpolitik. namun kita wajib taat kpd pemimpin selagi mana pemimpin tersebut mentaati perintah Allah. Ahli Pas terutama yg berjawatan dalm parti perlu berjiwa besar dlm menundukkan hawa nafsu dan demi kedaulatan Islam... biar pun jelek dan jahatnya umno namun ia tetap Islam berbanding mereka yg jelas kekafirannya. Walaubaimanapun utk bersama umno yg telah terbukti pengkhianatannya perlu kpd langkah2 tertentu supaya umno dpt dikawal dan tidak merosakkan matlamat perjuang PAS untuk SEMUA dan untuk ISLAM

Wallahuaklam

Unknown berkata...

Ulamak perwaris nabi boleh bercakap merapu dan memaki hamun sesama jemaah. Sudahlah sebahagian besar orang Melayu pantai barat dah muak dengan tindakan Presiden PAS . Pas is past.

mansor berkata...

PELIK PEMIMPIN PAS NI....NI NAK BAGI TAHU...TUJUAN PENUBUHAN PARTI BARU ADALAH UNTUK MENANG PILIHANRAYA SUPAYA BOLEH MEMERENTAH NEGARA DAN MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA RAKYAT. INI BERBEZA DENGAN MEMBANTU PM YANG BERMASAALAH ATAU `TAKPO KITO KENO TIPU ASALKE KITO TOK NNIPU` - THESE WORDS ONLY APPLICABLE TO INDIVIDUAL NOT TO THE HUMANITY....WHO SAID THAT....RIDICULOUS....