Khamis, 5 Mac 2015

Penjara tolak permohonan Anwar hadir Parlimen

THE MALAYSIAN INSIDER


Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, tidak dibenarkan hadir ke sesi Dewan Rakyat 9 Mac ini, selepas Jabatan Penjara dilaporkan menolak permohonan dibuat keluarga beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, tidak dibenarkan hadir ke sesi Dewan Rakyat 9 Mac ini, selepas Jabatan Penjara dilaporkan menolak permohonan dibuat keluarga beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider.



Jabatan Penjara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi Parlimen Isnin depan, lapor portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini.

Ia memetik sumber berkata salinan surat jabatan itu diterima Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam surat berkenaan, Jabatan Penjara berkata, Anwar kini berada di bawah akta, peraturan dan prosedur penjara.

Portal berkenaan turut melaporkan Pandikar dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Jabatan Penjara Malaysia, dalam satu kenyataan semalam dilaporkan berkata, layanan terhadap semua banduan, termasuk juga Anwar adalah sama.

"Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.

“Sebarang layanan istimewa daripada kakitangan penjara akan diambil tindakan,” kata Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan.

Keluarga Anwar menghantar petisyen pada 24 Februari kepada Lembaga Pengampunan di Istana Negara pada saat-saat akhir sebelum tempoh 14 hari diperuntukkan untuk permohonan itu dilakukan tamat.

Susulan perkara itu, jawatan ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya masih kekal, sehingga lembaga pengampunan bersidang menyatakan keputusan mereka.


Tiada ulasan: